Golongan belia terutama yang berusia antara 18 hingga 21 tahun akan menilai beberapa perkara dalam Pilihan Raya Umum ke-15 menerusi manifesto yang diutarakan parti politik kali ini.<br /><br />Felo Majlis Belia Malaysia (MBM), Kavita Maheendran berkata golongan itu khususnya akan menuntut apa yang kerajaan dapat sediakan bagi memenuhi keperluan mereka sebagai pelajar dan setelah mereka mendapat pekerjaan kelak.